Webinar Kesejahteraan Kendiri – Makan Dengan Bijak Kenali Makanan Anda
5 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 04 Februari 2025, petugas NADI Sungai Bandung telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang bertajuk Makan Dengan Bijak Kenali Makanan Anda secara dalam talian menggunakan Google Meet. Untuk sesi kali ini, penceramah yang Pakar Diet iaitu Haji Ridzoni Sulaiman akan menerangkan berkaitan dengan kenali makanan anda.
Untuk webinar ini akan menerangkan tentang keperluan kalori dan nutrisi harian yang diperlukan oleh sesorang dan bagaimana tips memilih makanan sihat serta kepentingan keseimbangan nutrisi. Kebanyakan orang hanya menumpukan kepada pengurangan kalori untuk menurunkan berat badan. Makanan berkalori tinggi yang boleh menyebabkan penambahan berat badan hampir selalunya tiruan dan diproses serta tidak memberikan sebarang nilai pemakanan yang ketara. Walau bagaimanapun, ianya juga penting untuk mempertimbangkan jenis makanan yang anda makan.
Salad sayuran berkalori tinggi yang berkhasiat tinggi adalah lebih baik untuk kesihatan daripada donat rendah kalori yang sarat dengan gula dan karbohidrat bertapis tetapi memberikan sedikit atau tiada khasiat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: